PESONA SYURGA
- SYURGA SEDANG MENANTI "Apabila seseorang mati akan diperlihatkan tempatnya pada setiap pagi & petang. Sekiranya dia daripada kalangan ahli syurga, maka syurga akan diperlihatkan kepadanya. Sekiranya dia daripada kalangan ahli neraka maka neraka akan diperlihatkan kepadanya. Diberitahu kepadanya :" Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah sehingga hari Kiamat." ( Riwayat al-Bukhari & Muslim )
- MASUK SYURGA BERKUMPULAN " Dan orang yang bertakwa kepada Allah dibawa kedalam syurga secara berkumpulan. Apabila mereka sampai di syurga yang telah terbuka pintunya, para penjaganya mengalu-alukan :" Kesejahteraan ( dilimpahkan ) kepadamu. Berbahagialah kamu, maka masuklah ke syurga ini dan kamu kekal di dalamnya ." ( surah al-zumarr 39:73 )
- 8 PINTU GERBANG SYURGA " Terdapat 8 pintu syurga dan salah satunya ialah al-rayyan, yang tidak akan dimasuki kecuali orang yang berpuasa. "Jika dia daripada golongan yang suka menunaikan solat,dia akan dipanggil dari pintu solat. Golongan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. Manakala golongan yang suka bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Golongan yang berpuasa pula dipanggil dari pintual-Rayyan." ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
- FIRDAUS SYURGA PALING ELIT "Jika kamu memohon kepada Allah, maka mohonlah Firdaus. Sesungguhnya ia terletak di tengah-tengah syurga dan paling tinggi kedudukannya.Diatasnya ialah 'Arasy al- Rahman'. Bermula dari situlah mengalirnya sungai-sungai syugra." ( Riwayat al-Bukhari )
- PELUANG DISAMBUT DARI SEMUA PINTU SYURGA "Tiada seorang pun Muslim yang kematian 3 orang anak yang belum baligh melainkan dia akan disambut dari kelapan0lapan pintu syurga. Dia boleh masuk melalui mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya." ( Riwayat Ibn Majah )
- CARA MEMBELI SYURGA "Sesungguhnya Allah membeli jiwa & harta benda daripada orang beriman dengan tawaran syurga untuk mereka. Mereka berjuang pada jalan Allah maka ada yang membunuh & terbunuh. Itulah janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat, Injil & Al-Quran. "Siapakah yang lebih mengotakan janjinya berbanding Allah? Maka bergembiralah dengan jualan yang kamu perdagangkan itu. Itulah kemenangan yang agung." ( Surahal- Taubah 9: 111 )

Tiada ulasan:
Catat Ulasan