assalamualaikum

assalamualaikum photo: Salam 380254_363x96.gif

Selasa, 7 Mei 2013

Panduan Penggunaan Telefon Pintar Ketika Di Rumah Bersama Orang Yang Tersayang

  1.  Reset minda anda bahawa anda berada dalam zon rumah yang didalamnya ada pasangan hidup yang memerlukan layanan, belaian & perhatian.
  2. Pastikan Hs anda berada dalam mode 'silent' terutama ketika waktu makan, solat & menonton tv bersama family
  3. Tunaikan dahulu keperluan isteri & anak-anak seperti makan minum, keperluan mandian & lain lain sebelum memegang Hs
  4. Simpan Hs anda di dalam beg @ mana-mana tempat yang jauh daripada mata & telinga sehingga waktu yang sesuai untuk anda mengambilnya
  5. Apabila berada di dalam rumah, sentiasa muhasabah diri anda bahawa family adalah lebih utama daripada berhubung dengan dunia luar
  6. Bersabar & tahan tangan daripada memegang Hs ketika sedang bersama family
  7. Elakkan daripada segera memberi respon kepada setiap e-mel, SMS, WhatsApp & lain-lain yang masuk sehingga tugas anda sebagai suami, isteri, ibu & ayah telah ditunaikan
  8. Tanamkan perasaan malu & segan dalam hati untuk memegang Hs ketika bersama pasangan & anak-anak
  9. Kepada suami / isteri dinasihatkan agar berusaha menahan diri daripada menggunakan Hs sewaktu bersama suami / isteri  seperti suami / isteri memandu kenderaan, dalam bilik tidur, shoping & lain-lain
  10. Kepada para suami anda adalah contoh teladan kepada anak & isteri. Banyak daripada sikap negatif para isteri & anak-anak sebenarnya berpunca daripada kelemahan anda sendiri yang gagal mendidik & menunjukkan contoh terbaik buat family
  11. Hs hanyalah alat yang kering & tidak bernyawa. Sekiranya anda mengabaikan seketika tiada hati akan terluka, tiada jiwa akan merana
  12. Sekiranya anda berjaya mengurus penggunaan Hs dengan bijak, anda akan mengecapi kebahagian yang sebenar kerana anda telah membebaskan diri anda daripada belenggu Hs.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan