assalamualaikum

assalamualaikum photo: Salam 380254_363x96.gif

Rabu, 8 Mei 2013

Ganjaran Sebuah Kesakitan



Allah menyediakan ganjaran dalam semua situasi, ayuh kita lihat pemberian Allah jika seseorang Muslim ditimpa kesakitan atau musibah :-

Kafarah Doa
  • "seseorang Muslim tidak ditimpa keletihan, kesakitan, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri melainkan Allah menjadikannya sebagai kafarah kepada dosa-dosa" ( Riwayat Bukhari )
Mencapai Martabat Mukmin
  • "setiap hamba ada martabat yang tertentu disisi Allah.Apabila seseorang hamba tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalanya, maka Allah akan terus menguji dengan perkara-perkara yang tidak disenangi ( seperti sakit, susah & sebagainya ). Perantaraan perkara yang tidak disenagi itu membolehkan dia dapat mencapai martabat tersebut" ( Riwayat Abu Ya'la )
Gugur Dosa
  • " Bala berterusan akan menimpa lelaki dan wanita mukmin sama ada pada diri sendiri, anak atau hartanya ( yang menyebabkan dosa-dosanya sentiasa gugur ) sehingga dia bertemu dengan Allah dalam keadaan dia tidak mempunyai apa-apa disa". ( Riwayat AL- Tarmizi )
Diberi Ganjaran Sama Semasa Sihat
  • Apabila Allah menguji seseorang muslim dengan apa-apa penyakit jasmani, maka Allah akan memerintahkan malaikat : "Teruskan menulis ganjaran amalan yang diamalkan hamba ini          ( semasa dia sihat ) ". Sekiranya Allah menyembuhkan , maka Allah akan membersihkan dan menyucikan nya daripada dosa. Sekiranya Allah mengambil nyawanya, maka Allah akan merahmati dan mengampunkanya. ( Riwayat Abu Ya'la dan Ahmad )
Demam Menghapuskan Dosa
  • " Demam panas dan sakit kepala yang menimpa hamba Allah lelaki atau wanita tidak meninggalkan sebarang  dosa walaupon sebesar biji sawi bagi mereka walaupon sebelum itu mereka menanggung beban dosa sebesar gunung Uhud" ( Riwayat Abu Ya'la )






Tiada ulasan:

Catat Ulasan