assalamualaikum

assalamualaikum photo: Salam 380254_363x96.gif

Rabu, 5 Jun 2013

CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Peluk isteri secara tiba-tiba.
3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari
anniversary ataupun birthday.


12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

14. Buat candle light dinner secara mengejut
 

Selasa, 14 Mei 2013

PESONA SYURGA

  • SYURGA SEDANG MENANTI  "Apabila seseorang mati akan diperlihatkan tempatnya pada setiap pagi & petang. Sekiranya dia daripada kalangan ahli syurga, maka syurga akan diperlihatkan kepadanya. Sekiranya dia daripada kalangan ahli neraka maka neraka akan diperlihatkan kepadanya. Diberitahu kepadanya :" Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah sehingga hari Kiamat." ( Riwayat al-Bukhari & Muslim )
  • MASUK SYURGA BERKUMPULAN " Dan orang yang bertakwa kepada Allah dibawa kedalam syurga secara berkumpulan. Apabila mereka sampai di syurga yang telah terbuka pintunya, para penjaganya mengalu-alukan :" Kesejahteraan ( dilimpahkan ) kepadamu. Berbahagialah kamu, maka masuklah ke syurga ini dan kamu kekal di dalamnya ." ( surah al-zumarr 39:73 )
  • 8 PINTU GERBANG SYURGA " Terdapat 8 pintu syurga dan salah satunya ialah al-rayyan, yang tidak akan dimasuki kecuali orang yang berpuasa. "Jika dia daripada golongan yang suka menunaikan solat,dia akan dipanggil dari pintu solat. Golongan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. Manakala golongan yang suka bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Golongan yang berpuasa pula dipanggil dari pintual-Rayyan." ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
  • FIRDAUS SYURGA PALING ELIT "Jika kamu memohon kepada Allah, maka mohonlah Firdaus. Sesungguhnya ia terletak di tengah-tengah syurga dan paling tinggi kedudukannya.Diatasnya ialah 'Arasy al- Rahman'. Bermula dari situlah mengalirnya sungai-sungai syugra." ( Riwayat al-Bukhari )
  • PELUANG DISAMBUT DARI SEMUA PINTU SYURGA "Tiada seorang pun Muslim yang kematian 3 orang anak yang belum baligh melainkan dia akan disambut dari kelapan0lapan pintu syurga. Dia boleh masuk melalui mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya." ( Riwayat Ibn Majah )
  • CARA MEMBELI SYURGA "Sesungguhnya Allah membeli jiwa & harta benda daripada orang beriman dengan tawaran syurga untuk mereka. Mereka berjuang pada jalan Allah maka ada yang membunuh & terbunuh. Itulah janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam Taurat, Injil & Al-Quran. "Siapakah yang lebih mengotakan janjinya berbanding Allah? Maka bergembiralah dengan jualan yang kamu perdagangkan itu. Itulah kemenangan yang agung." ( Surahal- Taubah 9: 111 )

Sabtu, 11 Mei 2013







Kelebihan Surah Al-Mulk..



ade diceritakan dlm al-Quran melalui maksud surah al-mulk tetapi diterjemahkan drp "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal dgn surah al-mulk..bila tiba kematian dia, terus dtg malaikat untuk menyoal..sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati..malaikat berkata "ya ahlul kitab..aku knl kamu..kamu al-mulk..kenapa kamu dtg ke sini?"

seraya al-mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dgn aku..aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dr menghukum manusia ini.."

malaikat menjawab, "wahai al-mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.."

lantas surah al-mulk dtg kpd Allah.. "wahai Allah..aku adelah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dr Al-Quran MU.."

maka Allah memberi keizinan kpd al-mulk..terus al-Mulk kembali kpd manusia di kubur tersebut..sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia..al-mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran drp Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akn menjaga manusia ini sehingga kiamat..aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dlm kubur..biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."

*nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal surah al-mulk akan terhindar drp siksa kubur..wallahualam...

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”..


Rabu, 8 Mei 2013

Ganjaran Sebuah Kesakitan



Allah menyediakan ganjaran dalam semua situasi, ayuh kita lihat pemberian Allah jika seseorang Muslim ditimpa kesakitan atau musibah :-

Kafarah Doa
  • "seseorang Muslim tidak ditimpa keletihan, kesakitan, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri melainkan Allah menjadikannya sebagai kafarah kepada dosa-dosa" ( Riwayat Bukhari )
Mencapai Martabat Mukmin
  • "setiap hamba ada martabat yang tertentu disisi Allah.Apabila seseorang hamba tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalanya, maka Allah akan terus menguji dengan perkara-perkara yang tidak disenangi ( seperti sakit, susah & sebagainya ). Perantaraan perkara yang tidak disenagi itu membolehkan dia dapat mencapai martabat tersebut" ( Riwayat Abu Ya'la )
Gugur Dosa
  • " Bala berterusan akan menimpa lelaki dan wanita mukmin sama ada pada diri sendiri, anak atau hartanya ( yang menyebabkan dosa-dosanya sentiasa gugur ) sehingga dia bertemu dengan Allah dalam keadaan dia tidak mempunyai apa-apa disa". ( Riwayat AL- Tarmizi )
Diberi Ganjaran Sama Semasa Sihat
  • Apabila Allah menguji seseorang muslim dengan apa-apa penyakit jasmani, maka Allah akan memerintahkan malaikat : "Teruskan menulis ganjaran amalan yang diamalkan hamba ini          ( semasa dia sihat ) ". Sekiranya Allah menyembuhkan , maka Allah akan membersihkan dan menyucikan nya daripada dosa. Sekiranya Allah mengambil nyawanya, maka Allah akan merahmati dan mengampunkanya. ( Riwayat Abu Ya'la dan Ahmad )
Demam Menghapuskan Dosa
  • " Demam panas dan sakit kepala yang menimpa hamba Allah lelaki atau wanita tidak meninggalkan sebarang  dosa walaupon sebesar biji sawi bagi mereka walaupon sebelum itu mereka menanggung beban dosa sebesar gunung Uhud" ( Riwayat Abu Ya'la )






Mana 1 Pilihan Kita ?

Manfaat Memberi Maaf
  • Mendapat keampunan Allah
  • Mendapat pahala sunnah Rasulullah
  • Menikmati ketenangan diri
  • Merapatkan jemaah dan ukhwah Islamiah
  • Membina sinergi, meningkatkan produktiviti
  • Melahirkan masyarakat harmoni 


Mudarat Akibat Tidak Memberi Maaf

  • Dimurkai Allah
  • Jiwa sentiasa resah oleh sifad dengki, dendam & marah
  • Meruntuhkan persaudaraan dan perpaduan
  • Menurunkan produktiviti dan kualiti kerja
  • Memporak-perandakan masyarakat
Rumahku Syurgaku VS Rumahku Nerakaku

  1. Rumahku Syurgaku
  • Rumah tangga yang dibina atas dasar kecintaan kepada Allah
  • Misi dan Visi berkeluarga mengikut syariat Islam
  • Perkara ini perlu diberi penekanan agar produk yang dihasilkan menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani & intelek
  • Terbentuk insan cemerlang di dunia & akhirat
     2.  Rumahku Nerakaku
  • Rumah tangga dibina atas naluri hawa nafsu sahaja
  • Permasalahan dalam rumah tangga bagai duri dalam daging terutama dalam masyarakat Islam
  • Permasalahan lain 'mengekori' & sukar dikekang seperti gejala sosial, pergaulan bebas & zina
  • Lahirlah generasi yang celaru dari segi nasab, pemikiran, pembawaan, perwatakkan & pegangan agama.

Selasa, 7 Mei 2013

Panduan Penggunaan Telefon Pintar Ketika Di Rumah Bersama Orang Yang Tersayang

  1.  Reset minda anda bahawa anda berada dalam zon rumah yang didalamnya ada pasangan hidup yang memerlukan layanan, belaian & perhatian.
  2. Pastikan Hs anda berada dalam mode 'silent' terutama ketika waktu makan, solat & menonton tv bersama family
  3. Tunaikan dahulu keperluan isteri & anak-anak seperti makan minum, keperluan mandian & lain lain sebelum memegang Hs
  4. Simpan Hs anda di dalam beg @ mana-mana tempat yang jauh daripada mata & telinga sehingga waktu yang sesuai untuk anda mengambilnya
  5. Apabila berada di dalam rumah, sentiasa muhasabah diri anda bahawa family adalah lebih utama daripada berhubung dengan dunia luar
  6. Bersabar & tahan tangan daripada memegang Hs ketika sedang bersama family
  7. Elakkan daripada segera memberi respon kepada setiap e-mel, SMS, WhatsApp & lain-lain yang masuk sehingga tugas anda sebagai suami, isteri, ibu & ayah telah ditunaikan
  8. Tanamkan perasaan malu & segan dalam hati untuk memegang Hs ketika bersama pasangan & anak-anak
  9. Kepada suami / isteri dinasihatkan agar berusaha menahan diri daripada menggunakan Hs sewaktu bersama suami / isteri  seperti suami / isteri memandu kenderaan, dalam bilik tidur, shoping & lain-lain
  10. Kepada para suami anda adalah contoh teladan kepada anak & isteri. Banyak daripada sikap negatif para isteri & anak-anak sebenarnya berpunca daripada kelemahan anda sendiri yang gagal mendidik & menunjukkan contoh terbaik buat family
  11. Hs hanyalah alat yang kering & tidak bernyawa. Sekiranya anda mengabaikan seketika tiada hati akan terluka, tiada jiwa akan merana
  12. Sekiranya anda berjaya mengurus penggunaan Hs dengan bijak, anda akan mengecapi kebahagian yang sebenar kerana anda telah membebaskan diri anda daripada belenggu Hs.

20 Kesan Maksiat

Jauhilah maksiat kerana kesan & pengaruhnya sangat banyak. Antaranya :-

  • Terhalang ilmu
  • Terhalang rezeki
  • Jauh daripada Allah s.w.t
  • Hati jadi gelap
  • Banyak urusan jadi susah
  • Tidak dapat melakukan ketaatan
  • Pendek umur
  • Cenderung melakukan kemungkaran lain
  • Tidak terangsang untuk berbuat kebaikan & ketaatan
  • Dihina oleh Allah s.w.t
  • Akal jadi lemah
  • Membawa keburukan bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri
  • Hati tertutup
  • Mengundang lakhnat
  • Tidak mendapat doa daripada Nabi s.a.w
  • Hati tidak cenderung kepada Allah s.w.t
  • Hilang nikmat
  • Diri terabai
  • Hidup dirasa lebih sempit

Sabtu, 4 Mei 2013

12 Syarat Untuk Jadi Wali Allah

Seorang ulama dan wali Allah ditanya muridnya, " Apakah syarat yang harus dipatuhi oleh orang yang ingin menjadi wali Allah s.w.t "

Jawabnya, " Dia hendaklah benar-benar berada di dalam syariat & itu ada 12 tanda :

  • Benar-benar mengenal Allah s.w.t ( memahami konsep tauhid & mempunyai keimanan yang mantap terhadap-Nya
  • Bersungguh-sungguh menjaga perintah Allah s.w.t
  • Berpegang teguh kepada sunah Rasulullah .s.a.w
  • Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Apabila berhadas, dia segera memperbaharuinya
  • Menerima qadak Allah s.w.t dengan rela dalam suka mahupun duka
  • Yakin dengan semua janji Allah s.w.t
  • Tidak mengharapkan sesuatu yang berada ditangan manusia
  • Tabah dan sabar menanggung pelbagai dugaan
  • Rajin mentaati segalaperintah Allah s.w.t
  • Syang kepada semua makhluk ciptaan Allah s.w.t
  • Tawaduk dan merendah diri kepada mereka yang lebih tua atau muda daripadanya
  • Sedar bahawa syaitan itu adalah musuh utamanya.
Solat Bebaskan 12 Seksaan..



3 seksaan semasa didunia
  •  Allah s.w.t menghilangkan berkat daripada usaha & rezekinya
  • Allah s.w.t menghapuskan tanda-tanda kesalihan daripada wajahnya
  • Sentiasa mendapat kebencian daripada orang-orang beriman
3 seksaan ketika hendak mati
  • Berada dalam keadaan sangat haus apabila roh hendak di cabut
  • Berasa sangat sakit ketika rohnya di cabut
  • Dikhuatiri mati dalam keadaan suul khatimah ( berakhir ajal dalam kejahatan )
3 seksaan semasa di dalam kubur
  • Ketika ditanya munkar & nakir, dia berasa sangat sedih & tidak boleh menjawab
  • Kuburnya sangat gelap
  • Kuburnya sempit sehingga berselisih tulang rusuknya
3 seksaan semasa hari khiamat
  • Semasa dihisab amalanya, kejahatan lebih banyak dari kebaikan
  • Allah s.w.t. murka kepadanya
  • Diseksa dengan api neraka
Bila Hati Dah Tertawan, Apa Perlu Dilakukan ?

Bila hati sudah suka, apakah yang lebih bahagia selain memandang seraut wajah insan yang dicintai. Peribahasa makan tak kenyag, tidur tak lena, mandi tak basah sangat sinonim dengan golongan ini. 





Hadis Nabi s.a.w ada menyebut : ' Wahai para pemuda, jika amu sudah memiliki kemampuan untuk bernikah, menikahlah! sebab itu adalah lebih ampuh untuk menjaga pandangan mata & kehormatan. Sedangkan yang sebelum mampu hendaklah dia berpuasa kerana itu akan menjadi perisai baginya " 
( HR Bukhari & Muslim )


Beberapa panduan kepada sesiapa yang " terjatuh "cinta :

1. Berusaha menyempurnakan amalan wajib
2. Berusaha memperbanyakan amalan sunat
3. Beruasaha memperhebatkan zikir & selawat
4. Berusaha mencari 'orang tengah' yang mampu dipercayai
5. Berusaha menentu hala tuju cinta
6. Berusaha mencari dana untuk majlis perkahwinan
7. Berusaha mencukupkan persiapan bagi sebuah perkahwinan.
Siapa Mati Syahid ?



Jika golongan yang mati syahid hanyalah meereka yang terkorban dalam medan perang, maka sedikit sekali umat Muhammad s.a.w yang syahid.

Dalam beberapa potong hadis, Rasulullah s.a.w menjelaskan golongan yang turut dikategorikan sebagai mati syahid (selain terbunuh di medan perang ) adalah :

1. Mati disebabkan penyakit taon.
2. Mati disebabkan sakit perot.
3. Mati lemas dalam air.
4. Mati di hempap sesuatu.
5. Mati dibunuh kerana mempertahankan harta miliknya.
6. Mati kerana mempertahankan diri daripada dibunuh orang lain.
7. Mati dibunuh kerana membela maruah keluarga.
8. Mati terkorban kerana menjaga agama.

Ahad, 21 April 2013

Solat Sunat Taubat

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:


.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.


Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Sabtu, 20 April 2013

Keutamaan Membaca Surah Al-Ikhlas



Surah Al Ikhlas Ayat : 1 - 4
 قلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ *

" Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. "
"Katakanlah olehmu ( Muhammad ), Dia Allah itu Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan segala hajat, Dia tidak melahirkan dan Dia tidak dilahirkan, dan tidak ada satu pun yang menyamai Dia "

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda kepada Siti Aishah :

" Janganlah engkau tidur sehingga engkau mengerjakan 4 perkara :
1. Sehingga engkau mengkhatamkan Al-Qur'an
2. Sehingga engkau menjadikan para Nabi sebagai orang-orang yang memberi syafaat kepadamu di hari Kiamat
3. Sehingga engkau jadikan oranng-orang Islam rela kepadamu
4. Sehingga engkau mengerjakan ibadah haji & ibadah umrah.
Maka Baginda Nabi s.a.w masuk & Siti Aishah tinggal di atas ranjang menanti sehingga baginda Nabi s.a.w selesai mengerjakan solat.
Ketika baginda Nabi s.a.w selesai mengerjakan solat, maka Siti Aishah berkata " Aduhai Rasulullah, engkau telah menyuruhku mengerjakan 4 perkara yang aku tidak mampu mengerjakanya pada saat ini. Maka Rasulullah s.a.w tersenyum simpul lalu bersabda :
 Apabila engkau membaca " QUL HUWALLAAHU AHADUN " maka sesungguhnya seakan-akan engkau mengkhatamkan Al-Qur'an, apabila engkau membaca selawat untuk aku & untuk para Nabi sebelumku maka sungguh kami para Nabi menjadi penolongmu 
( orang-orang yang memberi syafaat kepadamu ) di hari Kiamat, apabila engkau membaca istighfar untuk orang yang beriman maka semua mereka rela kepadamu & apabila engkau membaca " SUBHANALLAAHI WAL HAMDULILLAHI WALAA ILAAHA ILLALLAAHU WALLAAHU AKHBAR " maka sesungguhnya engkau telah mengerjakan ibadah haji & umrah.

Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu Ta'aalaa'anhu bahawa dia berkata : " Nabi s.a.w bersabda :

'Barang siapa membaca " QUL HUWALLAAHU AHADUN " 10x sesudah Solat Subuh maka tidak akan sampai kepadanya suatu dosa meskipun syaitan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh "

Dari Ubay bin Ka'ab Thalib radhiyallaahu Ta'aalaa'anhu bahawa dia berkata : " Nabi s.a.w bersabda :

"Barang siapa membaca " QUL HUWALLAAHU AHADUN " 1x maka Allah memberikan pahala kepadanya sepeti pahalanya 100 orang yang mati syahid.

Dari Anas bin Malik radhiyallaahu Ta'aalaa'anhu dari Nabi s.a.w bersabda :

"Barng siapa yang membaca surah Ikhlas 1x maka seakan-akan dia telah membaca sepertiga Al- Qur'an..Barang siapa yang membacanya 2xmaka dia seakan-akan membaca
dua pertiga Al-Qur'an, barangsesiapa yang membaca 3x maka seakan-akan dia telah membaca sati Al-Qur'an  seluruhnya & barang siapa yang membacanya 10x maka dibangunkan oleh Allah baginya sebuah rumah dari permata merah di dalam syurga.