assalamualaikum

assalamualaikum photo: Salam 380254_363x96.gif

Ahad, 21 April 2013

Solat Sunat Taubat

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:


.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.


Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
.
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Sabtu, 20 April 2013

Keutamaan Membaca Surah Al-Ikhlas



Surah Al Ikhlas Ayat : 1 - 4
 قلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ *

" Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. "
"Katakanlah olehmu ( Muhammad ), Dia Allah itu Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan segala hajat, Dia tidak melahirkan dan Dia tidak dilahirkan, dan tidak ada satu pun yang menyamai Dia "

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa baginda bersabda kepada Siti Aishah :

" Janganlah engkau tidur sehingga engkau mengerjakan 4 perkara :
1. Sehingga engkau mengkhatamkan Al-Qur'an
2. Sehingga engkau menjadikan para Nabi sebagai orang-orang yang memberi syafaat kepadamu di hari Kiamat
3. Sehingga engkau jadikan oranng-orang Islam rela kepadamu
4. Sehingga engkau mengerjakan ibadah haji & ibadah umrah.
Maka Baginda Nabi s.a.w masuk & Siti Aishah tinggal di atas ranjang menanti sehingga baginda Nabi s.a.w selesai mengerjakan solat.
Ketika baginda Nabi s.a.w selesai mengerjakan solat, maka Siti Aishah berkata " Aduhai Rasulullah, engkau telah menyuruhku mengerjakan 4 perkara yang aku tidak mampu mengerjakanya pada saat ini. Maka Rasulullah s.a.w tersenyum simpul lalu bersabda :
 Apabila engkau membaca " QUL HUWALLAAHU AHADUN " maka sesungguhnya seakan-akan engkau mengkhatamkan Al-Qur'an, apabila engkau membaca selawat untuk aku & untuk para Nabi sebelumku maka sungguh kami para Nabi menjadi penolongmu 
( orang-orang yang memberi syafaat kepadamu ) di hari Kiamat, apabila engkau membaca istighfar untuk orang yang beriman maka semua mereka rela kepadamu & apabila engkau membaca " SUBHANALLAAHI WAL HAMDULILLAHI WALAA ILAAHA ILLALLAAHU WALLAAHU AKHBAR " maka sesungguhnya engkau telah mengerjakan ibadah haji & umrah.

Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallaahu Ta'aalaa'anhu bahawa dia berkata : " Nabi s.a.w bersabda :

'Barang siapa membaca " QUL HUWALLAAHU AHADUN " 10x sesudah Solat Subuh maka tidak akan sampai kepadanya suatu dosa meskipun syaitan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh "

Dari Ubay bin Ka'ab Thalib radhiyallaahu Ta'aalaa'anhu bahawa dia berkata : " Nabi s.a.w bersabda :

"Barang siapa membaca " QUL HUWALLAAHU AHADUN " 1x maka Allah memberikan pahala kepadanya sepeti pahalanya 100 orang yang mati syahid.

Dari Anas bin Malik radhiyallaahu Ta'aalaa'anhu dari Nabi s.a.w bersabda :

"Barng siapa yang membaca surah Ikhlas 1x maka seakan-akan dia telah membaca sepertiga Al- Qur'an..Barang siapa yang membacanya 2xmaka dia seakan-akan membaca
dua pertiga Al-Qur'an, barangsesiapa yang membaca 3x maka seakan-akan dia telah membaca sati Al-Qur'an  seluruhnya & barang siapa yang membacanya 10x maka dibangunkan oleh Allah baginya sebuah rumah dari permata merah di dalam syurga.